MENGANGKAT TANGAN KETIKA TAKBIR

HADIS 6 – MENGANGKAT TANGAN KETIKA TAKBIR

Dari Malik bin al-Huwairith r.a. menceritakan;

“Bahwa Rasulullah S.A.W. apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca ‘Sami’Allahu liman hamidah’ dengan melakukan seumpama tadi.” (Riwayat Imam Muslim)

Ulasan

1. Menurut Mazhab Syafi’ie, mengangkat tangan disunatkan pada empat tempat:

 

  • Ketika takbiratul ihram
  • Ketika hendak ruku’
  • Ketika bangun dari ruku’
  • Ketika bangun dari tasyahhud awal
  • 2. Hukum mengangkat tangan di atas semuanya SUNAT. Tiada yang diwajibkan.

    3. Sifat mengangkat tangan dengan sempurna; dua tangan diangkat hingga hujung-hujung jari setentang dengan hujung telinga, dua ibu jari setentang dengan bahagian bawah telinga (yakni tempat dipakaikan subang) dan dua tapak tangan setentang dengan bahu. Dua tapak tangan itu hendaklah menghadap kiblat dengan jari-jemari direnggangkan secara sederhana.

    4. Waktu mengangkat tangan ialah ketika takbir mula diucapkan. Namun tidak disyaratkan mengangkat tangan dan takbir itu dihabiskan serentak, yakni harus mengangkat tangan dahulu dari takbir dan sebaliknya.

    5. Apabila selesai takbir dan mengangkat tangan, kedua tangan hendaklah diletakkan di bawah dada di bahagian atas dari pusat dalam keadaan tangan kanan di atas tangan kiri.

    6. Menurut Imam Syafi’ie, hikmah mengangkat tangan ialah untuk menghadirkan perasaan membesarkan Allah dan juga mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W.

    Iklan

    Tinggalkan Balasan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    Logo WordPress.com

    You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

    Foto Google+

    You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

    Gambar Twitter

    You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

    Foto Facebook

    You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

    w

    Connecting to %s

    %d blogger menyukai ini: